Saturday, 7 December 2013

TATACARA PENYEDIAAN VISA, PERMIT & RESUME


TATACARA PENYEDIAAN VISA, PERMIT & RESUME





CONTOH-CONTOH PERMIT & VISA









Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Mula Bekerja

Terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum anda berlepas ke luar negara untuk memulakan tugas baru.

Di antara persiapan-persiapan penting yang perlu dibuat:

  • Tidak disenaraihitamkan untuk ke luar negara. 
  • Pastikan segala dokumen perjalanan seperti visa, passport dan tiket kapal terbang sudah dikemaskini dan disahkan sebelum anda bertolak. 
  • Pastikan ada seseorang menunggu anda di lapangan terbang di destinasi yang akan dituju dan menghantar anda ke tempat kediaman baru anda.
  • Anda perlu mempunyai wang saku yang mencukupi untuk perbelanjaan makan dan minum di lapangan terbang, untuk menampung hal-hal kecemasan dan perkara yang tidak diduga seperti kelewatan pesawat dan sebagainya.
  • Pastikan anda membawa wang yang mencukupi sekurang-kurangnya satu bulan (sebelum anda menerima gaji anda yang pertama daripada majikan baru) di tempat kerja baru termasuk perbelanjaan makan dan minum, pakaian, sewa dan deposit rumah, api dan air, sewa kereta atau wang pendahuluan untuk membeli kereta baru atau kereta terpakai atau wang untuk membeli perabot (jika tempat tinggal anda tidak disediakan kelengkapan tersebut).
  • Jangan terlalu banyak membawa wang tunai. Bawa sekadar untuk perbelanjaan perjalanan sahaja manakala yang lainnya, tukarkan ke dalam bentuk cek kembara (travellers' cheque). Ini lebih selamat kerana tidak mudah untuk sesiapa menukar cek kembara anda kepada wang tunai tanpa dokumen yang sah seperti pasport. Jangan berlengah-lengah untuk membuka akaun bank dan menyimpan wang simpanan yang dibawa. Kalau berada di Amerika Syarikat, banyak transaksi yang menggunakan cek (membeli belah di pasar raya pun boleh guna cek), jadi lebih mudah jika mempunyai Akaun Semasa.
  • Jika anda ingin menghantar wang kepada keluarga, cari maklumat bagaimana untuk berbuat demikian. Selain perkhidmatan bank, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Western Union jika ia terdapat di negara tersebut. Buat perbandingan harga dari segi upah perkhidmatan yang dikenakan kerana anda tidak mahu membelanjakan terlalu banyak wang untuk perkhidmatan tersebut. 
  • Satu dunia tidak berbahasa Inggeris sahaja. Bersedia dengan beberapa perkataan asas bahasa pertuturan di destinasi kunjungan seperti Ya, Tidak, Terima Kasih. 
  • Pastikan sama ada Lesen Memandu Antarabangsa yang dipohon di Malaysia sah di negara yang anda tuju. Jika tidak, di mana dan bagaimana harus anda memohon lesen memandu tersebut? 
  • Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis atau lelah, pastikan anda membawa bersama bekalan ubat yang mencukupi supaya penyakit tersebut tidak mengganggu anda di dalam menjalankan tugas baru. Oleh kerana perbelanjaan perubatan dan hospital agak mahal di luar negara, pastikan majikan anda menyediakan kemudahan tersebut tanpa anda perlu menggunakan wang simpanan anda.
  • Jangan lupa membawa surat tawaran bekerja di luar negara (sangat penting) dan hubungi pekerja di bahagian Sumber Manusia untuk mengesahkan kedatangan anda. Untuk menjimatkan wang, anda boleh melakukannya menerusi internet. Sesetengah organisasi ada menyediakan khidmat untuk menjemput anda dari lapangan terbang ke tempat penempatan sementara yang juga disediakan. Pastikan anda tahu siapa yang perlu dihubungi dan bagaimana untuk menghubungi beliau sekiranya anda berhadapan dengan apa-apa masalah.
  • Maklumkan kenalan tentang perjalanan anda. Dapatkan nombor dan alamat Kedutaan Malaysia di negara yang ingin dituju sebagai langkah persediaan jika anda memerlukan bantuan nanti seperti mempunyai masalah yang berkaitan dengan visa dan hal-hal kecemasan yang memerlukan perlindungan seperti didera atau ditipu oleh majikan atau terpaksa berhadapan dengan peperangan mengejut atau sesuatu bencana alam seperti gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, ribut taufan dan sebagainya. 

Menjalinkan perhubungan dengan staf-staf di Kedutaan Malaysia juga boleh membuat anda terasa seperti berada di negara sendiri dan dapat melepaskan kerinduan pada keluarga dan negara, apatah lagi apabila terpaksa menyambut hari perayaan di luar negara.



Pastikan sama ada Lesen Memandu Antarabangsa yang dipohon di Malaysia sah di negara yang anda tuju
Pastikan sama ada Lesen Memandu Antarabangsa yang dipohon di Malaysia sah di negara yang anda tuju


Contoh VISA




Memohon Melalui Jobstreet.com

Pada masa kini anda dapat melayari internet untuk mendapatkan peluang-peluang pekerjaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara (Oversea) hanya dengan meng updatekan resume dan menghantarnya hanya di hujung jari. Ini adalah website yang boleh dilayari http://www.jobstreet.com.my/

Langkah 1 : Pendaftaran 
Langkah 2: Isi Detail Maklumat 

Langkah 3: Isi Maklumat Diri 


Langkah 3: Isi Maklumat Diri (Sambung di atas)

Langkah 4: Isi Bahagian Maklumat lain

Langkah 5: MyJobStreet (Oversea jobs) 

Langkah 6: Sila pilih negara yang diingini 

Langkah 7: Kerja yang ditawarkan 

Langkah 8: Kerja di luar negara 


Senarai pilihan website yang juga menawarkan peluang pekerjaan di luar negara antaranya :






SHORT VIDEO

http://travels.kilroy.eu/tours-activities/working-holiday/canada#

MEDIUM

anda ingin bekerja di luar negara , tetapi tidak tahu di mana untuk di rujuk? di blog ini, terdapat beberapa medium yang boleh di kongsi bersama.


1. Melalui agensi pekerjaan.

Carilah agensi pekerjaan antarabangsa yang dapat menguruskan pekerjaan di negara yang anda ingini. Ini merupakan cara yang paling mudah dan berkesan namun memerlukan kos yang tinggi. Anda perlu membayar sekitar RM8ribu sehingga RM20ribu kepada pihak agensi yang akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk anda. Sama seperti warga Bangladesh atau Myanmar yang masuk ke Malaysia menggunakan ejen dan masing2 membayar sekitar RM12 ke RM18 ribu. Namun anda perlu berhati-hati dengan tawaran agensi pekerjaan di internet ataupun di suratkhabar. Perlu pilih dengan berhati-hati.


2. Melalui kenalan /sedara.

Sekiranya anda mempunyai kenalan atau saudara yang mempunyai perniagaan di luar negara adalah paling mudah. Minta saudara atau kenalan tersebut tawarkan pekerjaan kepada anda dan beliau akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk anda

3. Melalui internet.

Salah satu cara untuk memohon pekerjaan di luar negara adalah melalui agensi - agensi pekerjaan seperti :


4. Malaysian Working Holiday Scheme.

Ada negara mengeluarkan visa khas untuk rakyat Malaysia bekerja sementara selama 6 bulan atau 12 bulan di sesebuah negara tersebut. Antaranya ialah Australia dan New Zealand. Anda akan diberikan visa khas yang membenarkan anda bekerja – dan anda harus mencari sendiri pekerjaan yang anda inginkan. Ada syarat-syarat tertentu yang dikenakan seperti umur tidak melebihi 32 tahun, perlu mempunyai sejumlah wang di dalam akaun (sekitar RM8ribu) dan sebagainya lagi.




Anda boleh lihat di laman web berikut :-

AUSTRALIA :Klik Di

KELEBIHAN BERKERJA DI LUAR NEGARA

Pendapatan Lumayan !!



1. PELUANG MENINGKATKAN BAKAT / BAHASA 

Pengalaman bekerja di luar negara dapat meningkatkan bakat & bahasa seseorang individu. individu tersebut dapat mempelajari pelbagai bahasa & mengasah bakat dari segi pertuturan berkomunikasi bahasa asing.

2. MENINGKATKAN KEWANGAN

Tidak dinafikan bekrja di luar negara mampu meningkatkan pendapatan individu, contohnya bekerja di negara Australia. bekerja sebagai Pemetik Apple "Apple Picker"   

Bekerja 7 hari seminggu -  8 hingga 10 jam sehari = $13-$15/perjam purata ($110 ke $130 aud) sehari = RM300-RM400 sehari.
3. TINGKATKAN MOTIVASI DIRI

Membentuk individu yang lebih berdikari & berkeyakinan tinggi. 

4. REBUTAN RAMAI MAJIKAN

Pengalaman bekerja diluar negara menjadikan seseorang individu itu mempunyai lebih pengalaman dari segi mempelajari perkara-perkara baru / pendedahan terhadap tecknologi yang tinggi.   

5. PENGALAMAN KERJA LUAS

Individu yang bekerja di luar negara dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang di perolehi ketika berada disana dapat di kongsikan sebagai  

Sila Klik :


6. MENGENALI/ MENJELAJAHI BUDAYA NEGARA LUAR

Berpeluang menjelajahi tempat-tempat yang menarik di negara tersebut. contoh New Zealand.