Saturday, 7 December 2013

MEDIUM

anda ingin bekerja di luar negara , tetapi tidak tahu di mana untuk di rujuk? di blog ini, terdapat beberapa medium yang boleh di kongsi bersama.


1. Melalui agensi pekerjaan.

Carilah agensi pekerjaan antarabangsa yang dapat menguruskan pekerjaan di negara yang anda ingini. Ini merupakan cara yang paling mudah dan berkesan namun memerlukan kos yang tinggi. Anda perlu membayar sekitar RM8ribu sehingga RM20ribu kepada pihak agensi yang akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk anda. Sama seperti warga Bangladesh atau Myanmar yang masuk ke Malaysia menggunakan ejen dan masing2 membayar sekitar RM12 ke RM18 ribu. Namun anda perlu berhati-hati dengan tawaran agensi pekerjaan di internet ataupun di suratkhabar. Perlu pilih dengan berhati-hati.


2. Melalui kenalan /sedara.

Sekiranya anda mempunyai kenalan atau saudara yang mempunyai perniagaan di luar negara adalah paling mudah. Minta saudara atau kenalan tersebut tawarkan pekerjaan kepada anda dan beliau akan menguruskan semua dokumen serta permit untuk anda

3. Melalui internet.

Salah satu cara untuk memohon pekerjaan di luar negara adalah melalui agensi - agensi pekerjaan seperti :


4. Malaysian Working Holiday Scheme.

Ada negara mengeluarkan visa khas untuk rakyat Malaysia bekerja sementara selama 6 bulan atau 12 bulan di sesebuah negara tersebut. Antaranya ialah Australia dan New Zealand. Anda akan diberikan visa khas yang membenarkan anda bekerja – dan anda harus mencari sendiri pekerjaan yang anda inginkan. Ada syarat-syarat tertentu yang dikenakan seperti umur tidak melebihi 32 tahun, perlu mempunyai sejumlah wang di dalam akaun (sekitar RM8ribu) dan sebagainya lagi.




Anda boleh lihat di laman web berikut :-

AUSTRALIA :Klik Di
sini

NEW ZEALAND :Klik di sini



    

No comments:

Post a Comment